Sebagaimana yang telah diketahui, salah satu usaha utama dalam peningkatkan profesion keguruan ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah.Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan pretasinya dan memberi perkhidmatan ynag bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk membuat pengubahsuaian atau membaiki kelemahannya, demi mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
Contoh-contoh masalah pendidikan untuk kajian:
a. penggunaan bahan-bahan pelajaran
b. penggunaan strategi , kaedah dan teknik mengajar
c. pengurusan aktiviti kumpulan
d. perancangan aktiviti pemulihan dan penggayaan
e. penyediaan lembaran kerja dan penilaian
f. pengurusan bilik darjah
g. masalah disiplin
Semua guru bolehlah fikirkan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran atau di luar bilik darjah. Mulalah kajian penyelidikan anda hari ini!
Friday, April 15, 2011
Saturday, April 2, 2011
MENGAJAR SEPANJANG HAYAT
Guru adalah orang yang mempengaruhi hidup individu di luar rumah. Segala yang anda lakukan ataupun katakan kepada masyarakat akan memberikan kesan kepada mereka, kadang kala mempengaruhi mereka sepanjang hayat. Ini perkara yang menggerunkan apabila difikirkan. Peperiksaan dan keputusan peperiksaan sememangnya mustahak untuk pelajar, guru dan pusat pembelajaran.Tetapi, banyak lagi perkara lain yang terlibat. Semasa mengajar, guru juga menyediakan panduan kepada pelajar tentang hidup seperti cara meningkatkan diri daripada kursus semasa, maju setapak ke langkah berikutnya dalam tangga pendidikan, cara menjadi rakyat yang baik, cara mencari kerja ataupun cara mencapai standard yang ditetapkan oleh majikan.
Adakah guru mempunyai masa untuk membuat perkara lain selain menghabiskan sukatan peperiksaan ? Guru terpaksa mencari masa , kerana ada kemungkinan pelajar tidak dapat menerima bimbingan apabila guru tidak berbuat demikian. Guru yang mengajar lebih daripada yang dikehendaki dalam sukatan sudah tentu menerima bonus, iaitu menerima kepuasan dan pelajar pula menerima pelajaran yang menarik minat mereka. Pendekatan pengajaran seperti ini memerlukan rancangan pelajaran yang lebih tepat. Sekali lagi ditekankan, ini memanfaatkan semua orang. Guru yang teratur kerjanya lebih selesa, mata pelajaran yang diajar lebih menarik dan seterusnya keputusan peperiksaan bertambah baik.

Thursday, March 10, 2011
AMALAN REFLEKTIF RUTIN HARIAN GURU BERJAYA
Konsep umum "reflektif perguruan" merujuk kepada aktiviti penilaian seseorang guru terhadap tindak-tanduknya sama ada ketika pengajaran atau aktiviti lain supaya lebih bermakna. Ini bermakna guru tahu apa dilakukannya, mengapa melakukannya dan dapat menilai kesan daripada apa yang dilakukannya. Selain itu, guru berupaya mengaplikasi ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membuat perancangan selanjutnya.
Berdasarkan konsep itu, amalan reflektif dan hubungannya dengan guru amat rapat dan amalan ini patut dipraktik guru dalam kerjayanya. Gabungan ilmu teori pendidikan dengan amalan dalam bilik darjah dapat dijadikan amalan reflektif guru secara bermakna melalui LIMA soalan iaitu :
1. Perlukan saya mengajar ?
2. Apakah yang perlu saya ajar?
3. Bagaimanakah pelajar belajar ?
4. Bagaimanakah saya perlu mengajar ?
5. Mengapa saya mengajar ?
Dalam konteks pendidikan, amalan reflektif yang dilakukan oleh guru sama ada sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi pengajaran, bertujuan menilai kembali apa yang dilakukannya. Tindak susul atau nilai tambah dapat dilakukan jika terdapat sebarang kepincangan dalam pengajaran dan pembelajaran itu.
Guru yang melakukan amalan reflektif sudah tentu akan meningkatkan pengetahuannya. Hubungan mesra guru -pelajar membolehkan guru memahami pelajar dengan lebih persis, lalu melakukan penyampaian pengajaran dengan pelbagai latar belakang pelajar.
Petikan daripada Majalah Pendidik Oktober 2010.

Saturday, February 19, 2011
KEBERKESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI PENYELIDIKAN TINDAKAN
Adakah guru seorang profesional? Jika guru adalah seorang profesional, sama seperti profesional lain, guru perlu mempunyai iltizam untuk berkhidmat terhadap keperluan dan kehendak kliennya, dan mempunyai tanggungjawab untuk menambahkan ilmu kepada komuniti pendidikan. Sehubungan dengan ini,kebolehpercayaan terhadap guru boleh bertambah dan dipertingkat. Untuk mencapai matlamat itu guru sepatutnya berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan guru-guru lain, dan jika tidak boleh semua,sekurang-kurangnya separuh daripada para guru, dan seterusnya melibatkan diri dalam pengajian lanjutan dan penyelidikan.
Dalam bidang akademik, sokongan terhadap penyelidikan tindakan adalah positif sebagai satu cara efektif untuk mengubah amalan dalam bilik darjah.Untuk menjalankan kajian tindakan guru selalunya memerhati situasi dalam bilik darjahnya, mengenalpasti masalah, memikirkan apa dan bagaimana untuk mengubah, membuat perubahan, menilai kesan perubahan ke atas situasi, berkongsi maklumat dengan rakan-rakan seperjuangan, dan dengan itu kitaran penyelidikan akan mula berkitar semula.Guru, jangan menjadi seolah-olah sebagai " kayu yang sudah mati " mereput di dalam dan tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri ataupun pelajar. Bertindak sebagai seorang profesional yang sentiasa dinamis dan mencari jalan untuk memperbaiki diri, pengajaran dan amalan bagi kebaikan pelajarnya.
Petik dari buku << Amalan Pengajaran Berkesan >> oleh Rahil Mahyuddin, Habibah Elias dan Kamariah Abu Bakar.

Tuesday, February 8, 2011
Penyelidikan Tindakan dalam Profesionalisme Keguruan
Profesion keguruan perlu mengorak langkah ke hadapan dengan mementingkan penyelidikan, mengembangkan pengetahuan tentang penyelidikan dan menggunakan dapatan penyelidikan bagi memperbaiki dan menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi, khususnya di peringkat sekolah. Setiap hari, sekolah menghadapi berbagai-bagai masalah sama ada berkaitan dengan pengajaran, pembelajaran, masalah disiplin dan tingkah laku, ponteng sekolah, sikap dan minat murid, hubungan guru-murid,masalah sosial, jangkaan murid, peranan dan kepimpinan guru, penggunaan kemudahan sekolah, hubungan sekolah dengan ibu bapa, jangkaan dan persepsi ibu bapa terhadap sekolah, keberkesanan sesuatu rancangan dan sebagainya yang boleh dijadikan permasalahan kajian dan mendorong kajian dilakukan oleh guru-guru.
Berbeza dengan profesion sosial yang lain, profesion keguruan mempunyai alasan dan sebab yang begitu kukuh bagi meluaskan penyelidikan. Ini termasuklah penekanan dalam pengurusan dan perkembangan pendidikan seperti pelaksanaan ISO, jaminan kualiti( SPSK ), kepuasan pelanggan ( ibu bapa dan murid ) perancangan prestasi,pelunjuran pencapaian akademik sekolah dan " appraisal" guru. Penyelidikan merupakan nadi bagi kemajuan dan perubahan sekolah. Penyelidikan asas atau mudah boleh dilakukan bagi mendapatkan maklumat asas tentang sesuatu keadaan dan perkembangan yang berlaku.Penyelidikan bukan cara yang dapat menyelesaikan masalah, namun penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian masalah itu dapat dibuat dengan lebih berkesan.Jadi, pembudayakan penyelidikan yang menyeluruh perlu supaya penyelidikan dapat dijadikan amalan yang membantu dalam membuat keputusan serta tindakan yang lebih baik.

Wednesday, January 19, 2011
Membudayakan Guru Sebagai Penyelidik
Meluaskan penyelidikan tindakan adalah satu prasyarat yang penting dalam mencorakkan perubahan dan perkembangan profesion keguruan pada abad ke 21. Langkah menggalakkan guru dan ahli profesion menjalankan penyelidikan akan membawa suatu perubahan dinamik ke arah meningkatkan status profesion keguruan di negara kita, di samping menjadikan profesion ini sebagai profesion termaju menyaingi profesion keguruan di negara-negara maju. Langkah ini selari dengan wawasan pendidikan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan menekankan pendidikan sebagai satu kriteria membina imej Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Budaya menyelidik mampu meningkatkan keberkesanan guru dan seterusnya dapat menyumbang pada kualiti pendidikan . Dalam konsep pendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini mula berakar umbi dalam kalangan guru di negara kita. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian.Penyelidikan tindakan akan membina kekuatan profesionalisme keguruan dan membentuk guru yang lebih profesional dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah.

Tuesday, January 18, 2011
Senarai Kajian Tindakan Guru y Telah Berjaya
NAMA SEKOLAH : S.M.K.TASEK UTARA 2, JOHOR BAHRU. | ||||
MAKLUMAT PENULISAN KAJIAN TINDAKAN BAGI TEMPOH 5 TAHUN | ||||
BIL | TAHUN | PANITIA | NAMA GURU | TAJUK KAJIAN TINDAKAN |
1 | 2006 | Matematik | Noor Azlina Binti Saad | Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Matematik Pelajar 4 hibiscus |
2 | 2007 | Kemahiran Hidup | Noorliana Bt. Basri | Kaedah Amali ( Hand On) dan Pendokumentasian Dalam Meningkatkan |
Kemahiran Pelajar Menguasai Bidang Reka Bentuk dan Penghasilan | ||||
Projek (Kemahiran Hidup) Bagi Pelajar Tingkatan 1 Hibiscus | ||||
3 | 2007 | P.Sivik | Siti Nor Fatimah Bt Sulong | Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan 2 Orkid Terhadap Mata |
Pelajaran Pendidikan Sivik Melalui kaedah Pembelajaran Berbantukan | ||||
Bahan Bantu Mengajar | ||||
4 | 2007 | Matematik | Wan Adha B. Wan Hanaffee | Meningkatkan Asas Kemahiran Pelajar Menghubungkaitkan Di Antara |
Pekali dan Anu Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 2 B Melalui | ||||
Pendekatan Analogi dan Permainan | ||||
5 | 2008 | B. Inggeris | Azrina Abdul Rahman | The use Of Images |
6 | 2008 | Sains | Nor Al' Fatihah Bt Mazlan | Penyelesaian Masalah Tidak Memahami Istilah Sains Dalam |
Bahasa Inggeris | ||||
7 | 2008 | Perdagangan | Emy Filzah Zulkifli | Meningkatkan Kemahiran Pelajar menjawab Soalan Esei Dalam Sub- |
Tajuk Asas Dan Unsur Perdagangan Melalui Teknik Pembelajaran | ||||
" Uji- Ulang -Uji " | ||||
8 | 2009 | BAHASA | NURFARHANA AB RAZAK | RIANG RIA BELAJAR PUISI TRADISIONAL |
MALAYSIA | HANIZAH MISBAH | |||
9 | 2009 | BAHASA | SYAMSIAH MOHD TAMAMUDDIN | PETA MINDAKU, KARANGANKU |
MALAYSIA | ||||
10 | 2009 | BAHASA | AZRINA ABDUL RAHMAN | USING STILL AND MOVING IMAGES FROM 'YOUTUBE'TO ENGAGE |
INGGERIS | STUDENTS IN ENGLISH LANGUAGE CLASSROOMS | |||
11 | 2009 | SEJARAH | PUTRI NOORASHIKIN BT | PENYELESAIAN MASALAH PELAJAR BUKAN MELAYU TIDAK |
MOHD.NOORDIN | MEMINATI MATA PELAJARAN SEJARAH | |||
12 | 2009 | PERDAGANGAN | ZARINA BINTI MOHAMAD REJAB | MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN ESEI |
UNTUK SOALAN 1 & 2 MELALUI KAEDAH 'UJI-ULANG-UJI' | ||||
14 | 2009 | P.MORAL | KALAIVANI KANASING | MENGATASI KELEMAHAN MENGHAFAL NILAI MORAL |
17 | 2009 | GERONTOLOGI | THAM POH NGOH | PENYELESAIAN MASALAH PERASAAN MALU MURID MENCUCI |
PERINEUM ( KAWASAN KEMALUAN ) WARGA TUA | ||||
18 | 2009 | PRINSIP | WAN ADHA B WAN HANAFFEE | MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN DOKUMEN |
PERAKAUNAN | MELALUI KAEDAH 'UJI-ULANG-UJI' | |||
19 | 2009 | P.ISLAM | HASMADI B HASSAN | MENINGKATKAN KEHADIRAN PELAJAR TINGKATAN 5 MAGNOLIA KE |
PROGRAM AMALI SOLAT KAEDAH LAYANAN TETAMU TERHORMAT | ||||
VIP' | ||||
20 | 2010 | PERDAGANGAN | ZARINA BT REJAB | Meningkatkan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Sub Topik Fungsi Peruncit |
Dalam Saluran Agihan Melalui Kaedah Akronim | ||||
21 | 2010 | GERONTOLOGI | THAM POH NGOH | Penyelesaian Masalah Tatacara Membantu Warga Tua Naik dan Turun |
Tangga Dengan Menggunakan Teknik Yang Betul | ||||
22 | 2010 | KEMAHIRAN | MASNONI MASLAN | Bil. Elektrik |
HIDUP | ||||
23 | 2010 | B. MALAYSIA | NORITA BT. AHMAD ALWI | Berat vs Ringan |
24 | 2010 | B. CINA | LOO MOOI HOON | Mengatasi Kelemahan dalam Menghuraikan dan Menulis Karangan Bahan |
Rangsangan bagi Pelajar Tingkatan 2 H | ||||
25 | 2010 | P.SENI | AZLINDA A/P OH JO HENG | Menarik Minat Pelajar Menggunkan Cat Air |
VISUAL | ||||
26 | 2010 | B.INGGERIS | AZRINA BT ABD RAHMAN | Yahoo Group ' - A Potential Tool Towards Our Secondary School Students' |
Written Language Proficiency | ||||
27 | 2010 | GEOGRAFI | CHAN WEI MAY | Mengapa Timur Cepat ? Barat Pula Lambat |
28 | 2010 | MATEMATIK | SITI HASIAH BT MAT SAMAN | Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menambah Integer Positif dan Negatif |
Melalui Kaedah ' RUMAH ' | ||||
29 | 2010 | MATEMATIK | NOR AL-FATIHAH BT MAZLAN | Memudahkan Operasi + dan - menggunakan Kaedah Table |
30 | 2010 | MATEMATIK | SITI NATASYA OMAR | MENINGKATKAN PENGUASAAN MENAMBAH INTERGER +VE / - VE |
MELALUI KAEDAH JUALAN | ||||
31 | 2010 | B. INGGERIS | RASHEEDA BEGUM A/P KAMAL | PUPPETS IN TEACHING LITERATURE |
BACHAR | ||||
32 | 2010 | P.KHAS | NUR IZAATY BT KHALIL | SEGAR, GEGAR , BUGAR |
33 | 2010 | B. MALAYSIA | HAFIZAH BT SAMAD | RUMUSAN APA TERSURAT ? APA TERSIRAT ? |
34 | 2010 | P.KHAS | LOW YEN YONG | KARAOKE FUN CLUB ( KFC ) |
35 | 2010 | P.KHAS | ALFRAH SALWANI BT HJ JUSOH | CARCA MARBA BAHASA |
36 | 2010 | P.KHAS | HAFDZARINA BT ABDUL AZIZ | ENJOY MATHS |
37 | 2010 | P.KHAS | NOR SAADAH BT MOHD NASIR | HAPPY TIP TAP |
38 | 2010 | P. ISLAM | RAFIDAH BT MOKHTAR | MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN PUASA, BACA AL-QURAN |
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 3M | ||||
39 | 2010 | P.KHAS | MOHD. FITRI ZAMMI B MUSTAFA | FUN MATH |
40 | 2010 | MATEMATIK | SITI NOR FATIMAH SULONG | MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN |
MENOLAK INTEGER POSITIF DAN NEGATIF PELAJAR-PELAJAR 5M | ||||
MELALUI KAEDAH "HUTANG DAN DUIT" | ||||
Subscribe to:
Posts (Atom)