Thursday, March 10, 2011

AMALAN REFLEKTIF RUTIN HARIAN GURU BERJAYA

Konsep umum "reflektif perguruan" merujuk kepada aktiviti penilaian seseorang guru terhadap tindak-tanduknya sama ada ketika pengajaran atau aktiviti lain supaya lebih bermakna. Ini bermakna guru tahu apa dilakukannya, mengapa melakukannya dan dapat menilai kesan daripada apa yang dilakukannya. Selain itu, guru berupaya mengaplikasi ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membuat perancangan selanjutnya.
Berdasarkan konsep itu, amalan reflektif dan hubungannya dengan guru amat rapat dan amalan ini patut dipraktik guru dalam kerjayanya. Gabungan ilmu teori pendidikan dengan amalan dalam bilik darjah dapat dijadikan amalan reflektif guru secara bermakna melalui LIMA soalan iaitu :
1. Perlukan saya mengajar ?
2. Apakah yang perlu saya ajar?
3. Bagaimanakah pelajar belajar ?
4. Bagaimanakah saya perlu mengajar ?
5. Mengapa saya mengajar ?
Dalam konteks pendidikan, amalan reflektif yang dilakukan oleh guru sama ada sebelum, semasa dan selepas sesuatu sesi pengajaran, bertujuan menilai kembali apa yang dilakukannya. Tindak susul atau nilai tambah dapat dilakukan jika terdapat sebarang kepincangan dalam pengajaran dan pembelajaran itu.
Guru yang melakukan amalan reflektif sudah tentu akan meningkatkan pengetahuannya. Hubungan mesra guru -pelajar membolehkan guru memahami pelajar dengan lebih persis, lalu melakukan penyampaian pengajaran dengan pelbagai latar belakang pelajar.

Petikan daripada Majalah Pendidik Oktober 2010.