Sunday, April 22, 2012

Bagaimana Merangsang Seronok Belajar




Perasaan seronok belajar sebenarnya dapat dirangsang. Ia bukannya muncul sendiri tanpa apa-apa unsur yang merangsangnya. Antara unsur-unsur tersebut adalah :

1. Apabila guru mempelbagaikan teknik mengajar dan melaksanakan dengan sungguh-sungguh dan berkesan.
2. menggunakan pelbagai bahan dan alat yang dapat merangsang minat dan motivasi .
3. Mengajar kaedah pembelajaran yang efektif
4. Mengajar kemahiran menghadapi peperiksaan
5. Membantu mereka mengatasi tabiat negatif


Contoh kaedah mengajar : berpusatkan murid
a. berkumpulan
b. inkuiri penemuan
c. perbincangan
d. penyoalan
e. penyelesaian masalah
f. bermain
g. simulasi

" Walaupun alam manusia ini sama , kerana pendidikan menjadikan manusia itu berbeza "

Friday, March 2, 2012

Ganjaran Lebih Baik daripada Hukuman

Tidak perlu anda menjadi pakar psikologi bagi mengetahui perkara ini. Memang itulah hakikatnya - ganjaran lebih baik daripada hukuman. Lebih mudah menarik dari atas bukit berbanding menolak dari bawah bukit.

Tidak percaya? Gertak sedikit anak anda suruh baca buku, jangan asyik hendak main sahaja. Pegang rotan . Memang dia akan membaca buku tetapi hatinya melayang ke padang , menyepak bola ataupun main hujan bersama kawan-kawannya. Sebaliknya jika anda mengatakan jika baca buku, dapat nombor sekian-sekian, nanti dapat CD game yang baru, dengan segera anak anda akan mengambil buku. Ganjaran lebih baik daripada hukuman.

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita juga lebih mengutamakan ganjaran berbanding hukuman. Sebabnya adalah mudah manusia tidak suka hukuman tetapi suka kepada ganjaran. Bukan itu boleh diterapkan dalam apa sahaja urusan dalam hidup kita ? Ketahuilah , manusia di sekeliling anda lebih suka kepada ganjaran berbanding dengan hukuman. Begitu juga anak-anak murid kita di sekolah. Ingatinya, laksanakannya, jika anda mahukan kesenangan.