Thursday, June 30, 2011

Tahniah dan Terima Kasih !

Di sini pihak penyelarasan Kajian Tindakan sekolah ingin mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada guru-guru berikut yang telah berjaya menyiapkan kajian tindakan mereka ( 30 Jun 2011).

En. Marzuki
Pn. Rozi
Cik Norasirin
Cik Nor Asyikin
Pn. Afzam
Pn. Chan
Pn. Youslina
Pn. Nor Hasmida
En. Muhammad Hanafi
Pn. Zarina Rejab
Pn. Diana
Pn. Roziana

Penyerahan laporan kajian tindakan guru amat dialu-alukan.

Sunday, June 5, 2011

TEKNIK K-W-L Aktiviti Mudah Fahami Kandungan Teks

Kemahiran membaca adalah kemahiran paling penting dalam pembelajaran. Berbagai-bagai teknik dan pendekatan digunakan oleh guru untuk memastikan pelajar dapat memahami dengan jelas apa yang mereka baca.

Teknik K-W-L diketengahkan oleh Carr & Ogle ( 1987) dalam usaha mereka untuk membantu pelajar memahami isi kandungan teks dengan lebih terperinci. Dalam bentuk skematiknya bermaksud :

K = Know : Apa yang pelajar sedia tahu
W = Want to know : Apa yang ingin tahu
L = Learned: Apa yang sudah pelajari

Langkah berikut akan membantu guru untuk memperkembangkan K-W-L :

1. Arahkan pelajar membuat sumbang saran tentang apa yang mereka tahu mengenai tajuk yang akan diajar oleh guru.Contohnya: Sains - kehidupan mamalia fokusnya ikan paus.

2. Arahkan pelajar mengkategorikan pengetahuan mereka mengenai ikan paus dan kemudian minta mereka senaraikan isi dan fakta mengenai ikan paus itu.

3. Pelajar menjana idea dan menyenaraikan soalan yang mereka ingin tahu mengenai ikan paus / haiwan mamalia.

4. Pelajar menggunakan lembaran kerja untuk mengisi fakta yang sudah diperolehi daripada aktiviti yang telah dijalankan di atas.

Teknik K-W-L amat sesuai dikendalikan dalam bentuk kumpulan kecil tidak melebihi lima orang untuk memudahkan pelajar menjana idea dan kemudiannya dalam bentuk pemetaan mereka boleh memindahkan hasil perbincangan ke dalam bentuk pemetaan minda dan berbagai-bagai lagi alat berfikir yang sesuai.

Dipetik daripada < Majalah Penddik> Oktober 2010