Friday, April 15, 2011

Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Sebagaimana yang telah diketahui, salah satu usaha utama dalam peningkatkan profesion keguruan ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah.Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan pretasinya dan memberi perkhidmatan ynag bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk membuat pengubahsuaian atau membaiki kelemahannya, demi mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Contoh-contoh masalah pendidikan untuk kajian:

a. penggunaan bahan-bahan pelajaran
b. penggunaan strategi , kaedah dan teknik mengajar
c. pengurusan aktiviti kumpulan
d. perancangan aktiviti pemulihan dan penggayaan
e. penyediaan lembaran kerja dan penilaian
f. pengurusan bilik darjah
g. masalah disiplin

Semua guru bolehlah fikirkan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran atau di luar bilik darjah. Mulalah kajian penyelidikan anda hari ini!

Saturday, April 2, 2011

MENGAJAR SEPANJANG HAYAT

Guru adalah orang yang mempengaruhi hidup individu di luar rumah. Segala yang anda lakukan ataupun katakan kepada masyarakat akan memberikan kesan kepada mereka, kadang kala mempengaruhi mereka sepanjang hayat. Ini perkara yang menggerunkan apabila difikirkan. Peperiksaan dan keputusan peperiksaan sememangnya mustahak untuk pelajar, guru dan pusat pembelajaran.Tetapi, banyak lagi perkara lain yang terlibat. Semasa mengajar, guru juga menyediakan panduan kepada pelajar tentang hidup seperti cara meningkatkan diri daripada kursus semasa, maju setapak ke langkah berikutnya dalam tangga pendidikan, cara menjadi rakyat yang baik, cara mencari kerja ataupun cara mencapai standard yang ditetapkan oleh majikan.
Adakah guru mempunyai masa untuk membuat perkara lain selain menghabiskan sukatan peperiksaan ? Guru terpaksa mencari masa , kerana ada kemungkinan pelajar tidak dapat menerima bimbingan apabila guru tidak berbuat demikian. Guru yang mengajar lebih daripada yang dikehendaki dalam sukatan sudah tentu menerima bonus, iaitu menerima kepuasan dan pelajar pula menerima pelajaran yang menarik minat mereka. Pendekatan pengajaran seperti ini memerlukan rancangan pelajaran yang lebih tepat. Sekali lagi ditekankan, ini memanfaatkan semua orang. Guru yang teratur kerjanya lebih selesa, mata pelajaran yang diajar lebih menarik dan seterusnya keputusan peperiksaan bertambah baik.