Rujukan

BAHAN RUJUKAN :

Muat Turun Power Point



  1. Muat Turun Bahan

Judul Buku :Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan



Pengarang :Azizi Yahya,Shahrin Hashim, Jamaludin

Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahman

Hamdan



Terbitan :PTS Profesional, Tahun 2007



Harga :RM 34.00



Sinopsis Buku Ini :


Buku ini lengkap merangkumi semua aspek dalam proses membuat penyelidikan, iaitu daripada memahami kaedah membuat penyelidikan, sehingga memproses data, analisis data dan mentafsirnya, serta cara membuat laporan.


Buku ini mempunyai 19 bab secara umumnya. Objektif buku ini supaya penyelidik dapat menguasai kesemua aspek penyelidikan dalam pendidikan dengan menggunakan buku ini.





Judul Buku : Kepimpinan & PenambahbaikanSekolah


Pengarang : Abdul Ghani Abdullah


Terbitan : PTS Profesional, Tahun 2009


Harga : RM 23.00



Sinopsis Buku Ini :



Buku ini sebenarnya mengupas pandangan dan perspektif alternatif mengenai kepimpinan dan penambahbaikan sekolah dengan tujuan memberi pandangan kontemporari tentang bagaimana melaksanakan penambahbaikan secara efektif,selaras dengan SIP ( School Improvement Project ).


Buku ini mempunyai 13 bab. Bab yang berkaitan dengan Kajian Tindakan adalah bab 9 hingga 11. Bab-bab yang lain harus dibaca oleh sesiapa yang ingin merealisasikan penambahbaikan sekolah, termasuklah semua warga pendidik demi kecemerlangan sedia ada !




Judul Buku : Profesionalisme Keguruan – Prospek dan Cabaran



Pengarang : Abd Rahim Abd Rashid



Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka , Tahun 2005




Sinopsis Buku Ini :


Profesion keguruan di Malaysia yang sedang melangkah ke alaf baru berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran , krisis, harapan dan jangkaan, isu profesionalisme kualiti dan prestasi guru,kecemerlangan pendidikan dan dorongan bekerja, dan budaya cemerlang dalam pendidikan.


Secara umum, buku ini mempunyai 13 bab, bab yang berkaitan dengan kajian tindakan adalah bab 13 sahaja. Ia lebih kepada kaedah untuk membuat penyelidikan pendidikan.



Bahan Rujukan yang lain :


http://sunconference.utep.edu/CETaL/resources/portfolios/reflect.htm



http://melta.org.my/modules/tinycontent/Dos/rubina_khan.pdf