Wednesday, October 26, 2011

Kajian Tindakan Sebagai Komponen Perkembangan Profesional


Perkembangan profesional memang terdapat dalam kebanyakan organisasi demi mengekalkan atau meningkatkan kualiti staf yang ada. Salah satu keperluan penting perkembangan staf adalah pengumpulan dan analisis data berkaitan pembelajaran. Calhoun (1994) sebagaimana yang dijelaskan oleh Blasé & Blasé ( 1998:75) berpendapat tanpa data-data berasaskan sekolah berkaitan dengan pembelajaran dan impak perlaksanaan strategi-strategi baru, guru-guru tidak dapat menentukan dengan baik kesan-kesan apa yang mereka laksanakan di kelas-kelas.Balse & Blasé turut berpendapat berdasarkan kajian mereka, pengetua-pengetua yang bagus mengoperasikan pembangunan staf sebagai satu projek yang besar kajian tindakan. Antara contoh permulaannya adalah seperti mengadakan tinjauan bagi menentukan keperluan-keperluan pembelajaran untuk para guru, dan merancang kursus-kursus dalam perkhidmatan berdasarkan keperluan yang dikenal pasti.

Menurut Sparks & Loucks –Horsley 3 idea utama yang berkaitan dengan perkembangan profesional:
1. Pendidikan berasakan hasil ( result-driven education )
2. Pemikiran sistem ( Systems thinking )
3. Kontruktivisme ( Constructivism )

Beliau juga menyenaraikan 5 model komtemporari berkaitan perkembangan professional :
1. Perkembangan staf terarah kendiri ( individually guided staff development )
2. Pemerhatian dan pentafsiran ( observation and assessment )
3. Penglibatan dalam proses pembangunan atau penambahbaikan ( involvement in a development or improvement process)
4. Latihan ( training )
5. Inkuiri ( Inquiry )

Wednesday, October 5, 2011

Pendekatan Mentoring Dalam Pencerapan Pengajaran


Pengajaran di bilik darjah adalah tugas hakiki guru. Guru yang cemerlang akan berusaha mempamerkan pengajaran yang berkesan. Dalam situasi sebenar guru yang cemerlang akan cuba mengaplikasi segala teori, pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelajari ketika di institusi latihan perguruan ke dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P) sebenar ketika di bilik darjah.
Pendekatan mentoring menjadi tumpuan proses penyeliaan di Amerika Syarikat dan Britain pada awal dekad 1990an.Mengikut pendekatan ini guru permulaan yang dihantar ke sekolah akan dibimbing oleh guru berpengalaman. Peranan guru yang menjadi mentor ialah :

1. sebagai pembimbing yang memberikan sokongan dan kaunseling, mewujudkan hubungan kerjaya berdasarkan persefahaman dengan menteenya.
2. Membekalkan maklumat berhubung perancangan, bahan dan masalah rutin dalam P&P serta cuba mempermudahkan perkembangan kemahiran mentee.
3. Memberi peluang kepada guru memerhati pengajaran menteenya dan mendedahkan idea, kaedah, dan bahan baru dalam P&P.
4. Bertindak sebagai jurulatih, yakni memerhati prestasi guru dalam bilik darjah dan memberi maklum balas, menjadi contoh teladan dan membantu mengenal pasti keperluan khas muridnya atau dirinya.
5. Membuat penilaian dan memberi makumat berhubung prestasi guru yang dicerap.

Kesimpulannya, dalam aspek latihan profesional, tingkah laku penyeliaan adalah unsur yang amat penting.