Saturday, September 24, 2011

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH !


Di sini bahagian penyelaras Kajian Tindakan sekolah ingin mengucapkan Tahniah kepada Pn. Zarina Rajab di mana hasil kajian tindakan beliau telah dipilih untuk dibentangkan di NPC pada 24 September 2011.Pembentangan beliau telah diwakili oleh Pn. Roziana dan Pn. Mas Ayu, terima kasih! Semangat bekerja sepasukan memang dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih!

Saturday, September 10, 2011

SGM - PENANDA ARAS KUALITI PENDIDIK MALAYSIA


SGM akan meningkatkan lagi imej warga pendidik di kalangan masyarakat. Pada masa sama, persepsi bahawa bidang perguruan sebagai pilihan kerjaya terakhir selepas gagal mendapat pekerjaan lain, tidak akan timbul lagi! SGM adalah piawaian seperti standard dalam bidang profesional lain seperti: arkitek, pegum dan akauntan.
Standard ini juga bukan hanya bertumpu kepada profesionalisme tetapi sahsiah, pencapaian dan meningkatkan minat warga pendidik terhadap kerjaya perguruan Ini bermakna, apabila kita mempunyai guru yang mempunyai standard, bidang pendidikan iaitu pengajaran dan pembelajaran juga dipertingkatkan sesuai dengan hasrat kerajaan menjadikan negara ini hab pendidikan pada peringkat global.
Standard SGM merangkumi 3 aspek :
1. Amalan Nilai Profesionalisme keguruan
2. Pengetahuan dan kefahaman
3. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran