Saturday, April 2, 2011

MENGAJAR SEPANJANG HAYAT

Guru adalah orang yang mempengaruhi hidup individu di luar rumah. Segala yang anda lakukan ataupun katakan kepada masyarakat akan memberikan kesan kepada mereka, kadang kala mempengaruhi mereka sepanjang hayat. Ini perkara yang menggerunkan apabila difikirkan. Peperiksaan dan keputusan peperiksaan sememangnya mustahak untuk pelajar, guru dan pusat pembelajaran.Tetapi, banyak lagi perkara lain yang terlibat. Semasa mengajar, guru juga menyediakan panduan kepada pelajar tentang hidup seperti cara meningkatkan diri daripada kursus semasa, maju setapak ke langkah berikutnya dalam tangga pendidikan, cara menjadi rakyat yang baik, cara mencari kerja ataupun cara mencapai standard yang ditetapkan oleh majikan.
Adakah guru mempunyai masa untuk membuat perkara lain selain menghabiskan sukatan peperiksaan ? Guru terpaksa mencari masa , kerana ada kemungkinan pelajar tidak dapat menerima bimbingan apabila guru tidak berbuat demikian. Guru yang mengajar lebih daripada yang dikehendaki dalam sukatan sudah tentu menerima bonus, iaitu menerima kepuasan dan pelajar pula menerima pelajaran yang menarik minat mereka. Pendekatan pengajaran seperti ini memerlukan rancangan pelajaran yang lebih tepat. Sekali lagi ditekankan, ini memanfaatkan semua orang. Guru yang teratur kerjanya lebih selesa, mata pelajaran yang diajar lebih menarik dan seterusnya keputusan peperiksaan bertambah baik.

No comments:

Post a Comment