Thursday, May 5, 2011

GURU perlu ada MOTIVASI

Biarpun jawatan guru sebenarnya amat mencabar, ada dalam kalangan masyarakat kita yang melihatnya sebagai tugas yang tidak glamor berbanding kerjaya seperti doktor,peguam dan arkitek.Namun,ramai guru yang mengajar dan mendidik pasti tidak lahir penjawat pelbagai profesion yang dikatakan lebih glamor itu,gaji yang banyak, status yang lebih besar, dan berprestij tinggi.Itulah hakikat yang sering dilupakan oleh sebahagian besar daripada kita dan anggota masyarakat.
Cabaran sentiasa ada dan perlu dihadapi. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh, masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk kita menyelesaikan segala permasalahan, baik di sekolah mahupun di rumah.
Sebenarnya kita sendiri perlu mencari penyelesaiannya. Contohnya apabila kita berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, tiada upaya dan semangat untuk menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka pada saat ini adalah penting untuk diri kita mempunyai semangat dalaman yang kuat. Semangat dalaman yang tinggi mampu menaikkan semangat diri. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar tidak seperti yang diharapkan sehingga kita dipersoalkan puncanya, walhal kita sudah sedaya upaya.
Dalam keadaan begini, kita perlu kembali kepada motivasi diri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh ikhlas. Ketika itulah, akan bangkit semangat untuk mencuba dan terus mencuba. Pada tahap ini, apabila kesedaran diri dapat dicapai, maka adalah amat membantu jika kita mendapat motivasi luaran iaitu dorongan, kata semangat dan tips yang berguna daripada rakan yang positif. melanjutkan pelajaran adalah salah satu cara motivasi luaran kerana apabila kita menambahkan ilmu pengetahuan , secara tidak langsung kita boleh mendapat motivasi.
" Life has the ups and down. " Oleh itu bagi menyuntik semangat pada diri setiap guru perlu mempunyai motivasi diri - diri dalam mahupun luar diri. Kedua-duanya mampu membangkit semangat kepada diri untuk meneruskan karier dengan jayanya bagi menabur khidmat dan bakti secara berterusan.

No comments:

Post a Comment