Saturday, September 10, 2011

SGM - PENANDA ARAS KUALITI PENDIDIK MALAYSIA


SGM akan meningkatkan lagi imej warga pendidik di kalangan masyarakat. Pada masa sama, persepsi bahawa bidang perguruan sebagai pilihan kerjaya terakhir selepas gagal mendapat pekerjaan lain, tidak akan timbul lagi! SGM adalah piawaian seperti standard dalam bidang profesional lain seperti: arkitek, pegum dan akauntan.
Standard ini juga bukan hanya bertumpu kepada profesionalisme tetapi sahsiah, pencapaian dan meningkatkan minat warga pendidik terhadap kerjaya perguruan Ini bermakna, apabila kita mempunyai guru yang mempunyai standard, bidang pendidikan iaitu pengajaran dan pembelajaran juga dipertingkatkan sesuai dengan hasrat kerajaan menjadikan negara ini hab pendidikan pada peringkat global.
Standard SGM merangkumi 3 aspek :
1. Amalan Nilai Profesionalisme keguruan
2. Pengetahuan dan kefahaman
3. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

No comments:

Post a Comment