Friday, March 2, 2012

Ganjaran Lebih Baik daripada Hukuman

Tidak perlu anda menjadi pakar psikologi bagi mengetahui perkara ini. Memang itulah hakikatnya - ganjaran lebih baik daripada hukuman. Lebih mudah menarik dari atas bukit berbanding menolak dari bawah bukit.

Tidak percaya? Gertak sedikit anak anda suruh baca buku, jangan asyik hendak main sahaja. Pegang rotan . Memang dia akan membaca buku tetapi hatinya melayang ke padang , menyepak bola ataupun main hujan bersama kawan-kawannya. Sebaliknya jika anda mengatakan jika baca buku, dapat nombor sekian-sekian, nanti dapat CD game yang baru, dengan segera anak anda akan mengambil buku. Ganjaran lebih baik daripada hukuman.

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita juga lebih mengutamakan ganjaran berbanding hukuman. Sebabnya adalah mudah manusia tidak suka hukuman tetapi suka kepada ganjaran. Bukan itu boleh diterapkan dalam apa sahaja urusan dalam hidup kita ? Ketahuilah , manusia di sekeliling anda lebih suka kepada ganjaran berbanding dengan hukuman. Begitu juga anak-anak murid kita di sekolah. Ingatinya, laksanakannya, jika anda mahukan kesenangan.

No comments:

Post a Comment