Sunday, August 7, 2011

GURU BERKUALITI BIJAK LAKSANA P&P BERKESAN

Proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan formal di Malaysia. Maka pengajaran yang ideal harus membawa kesan penuhke atas pembelajaran yang berlaku. Pengajaran berkesan merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar ke pencapaian hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya.

Ini membabitkan corak pengajaran berstruktur daripada segi organisasi bilik darjah serta mementingkan peningkatan isi pelajaran. guru perlu lebih komprehensif dan efektif dalam menyampaikan isi pelajaran mengikut sukatan yang dikeluarkan .

Apakah elemen P&P yang berkesan ?

i. Kesesuaian bahan P&P
ii. Sumber pembelajaran
iii. Pembelajaran aktif murid
iv. Penilaian prestasi pelajar
V. Penilaian prestasi guru
vi. Pengukuran dan penambahbaikan dalam P&P

Cabaran terbesar bagi seorang guru kini ialah untuk merealisasikan hasrat Membina Negara Bangsa. Maka , guru perlu meningkatkan kualiti diri supaya P&P yang dilaksanakan berkesan.Guru berkesan adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kritis dan kreatif dalam P&P mereka.

Saturday, July 16, 2011

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH !

Di sini saya mewakili Unit Kajian Tindakan SMKTU2 ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru berikut yang berjaya menghasilkan Manual Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran dalam tempoh masa yang singkat ini.

1. Ustaz Hasmadi b. Hassan
2. Zarina bt Rejab
3. Youslina bt. Md Jusoh
4. Nor Asyikin bt Md Jusoh
5. Low Yen Yong
6. Nor Al - Fatihah bt. Mazlan
7. Siti Hasiah Bt Mat Saman
8. Tham Poh Ngoh
9. Afzam bt Abdullal
10. Norita Ahmad Alwi
11. Chan Wei May

Thanks! All of you NEVER NEVER NEVER GIVE UP....

~~ An hour less sleeping, an hour less driving, an hour less watching TV;
An hour more with family, an hour more walking,
an hour more to finish that project close to your heart ! ~~

Thursday, July 7, 2011

ANUGERAH INOVASI P&P NEGERI JOHOR

Kepada semua guru :

Semua guru yang telah berjaya menghasilkan kajian tindakan antara tahun 2008 hingga 2011 akan diberikan Anugerah Inovasi P&P peringkat negeri sekiranya kajian tindakan tersebut diubahsuaikan dalam sebuah buku manual Inovasi yang berformat seperti berikut:
Tarikh tutup : 15 Julai 2011 ( Jumaat jam 9:00 pagi)

~~~~ Opportunity Knocks But Once ~~~

~~~~ Grab The Opportunity ~~

Thursday, June 30, 2011

Tahniah dan Terima Kasih !

Di sini pihak penyelarasan Kajian Tindakan sekolah ingin mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada guru-guru berikut yang telah berjaya menyiapkan kajian tindakan mereka ( 30 Jun 2011).

En. Marzuki
Pn. Rozi
Cik Norasirin
Cik Nor Asyikin
Pn. Afzam
Pn. Chan
Pn. Youslina
Pn. Nor Hasmida
En. Muhammad Hanafi
Pn. Zarina Rejab
Pn. Diana
Pn. Roziana

Penyerahan laporan kajian tindakan guru amat dialu-alukan.

Sunday, June 5, 2011

TEKNIK K-W-L Aktiviti Mudah Fahami Kandungan Teks

Kemahiran membaca adalah kemahiran paling penting dalam pembelajaran. Berbagai-bagai teknik dan pendekatan digunakan oleh guru untuk memastikan pelajar dapat memahami dengan jelas apa yang mereka baca.

Teknik K-W-L diketengahkan oleh Carr & Ogle ( 1987) dalam usaha mereka untuk membantu pelajar memahami isi kandungan teks dengan lebih terperinci. Dalam bentuk skematiknya bermaksud :

K = Know : Apa yang pelajar sedia tahu
W = Want to know : Apa yang ingin tahu
L = Learned: Apa yang sudah pelajari

Langkah berikut akan membantu guru untuk memperkembangkan K-W-L :

1. Arahkan pelajar membuat sumbang saran tentang apa yang mereka tahu mengenai tajuk yang akan diajar oleh guru.Contohnya: Sains - kehidupan mamalia fokusnya ikan paus.

2. Arahkan pelajar mengkategorikan pengetahuan mereka mengenai ikan paus dan kemudian minta mereka senaraikan isi dan fakta mengenai ikan paus itu.

3. Pelajar menjana idea dan menyenaraikan soalan yang mereka ingin tahu mengenai ikan paus / haiwan mamalia.

4. Pelajar menggunakan lembaran kerja untuk mengisi fakta yang sudah diperolehi daripada aktiviti yang telah dijalankan di atas.

Teknik K-W-L amat sesuai dikendalikan dalam bentuk kumpulan kecil tidak melebihi lima orang untuk memudahkan pelajar menjana idea dan kemudiannya dalam bentuk pemetaan mereka boleh memindahkan hasil perbincangan ke dalam bentuk pemetaan minda dan berbagai-bagai lagi alat berfikir yang sesuai.

Dipetik daripada < Majalah Penddik> Oktober 2010

Saturday, May 28, 2011

CIRI PEMIMPIN YANG MENTRANSFORMASIKAN KEPIMPINAN MELALUI SPIRITUAL

Salah satu cara menghayati dan mengamalkan nilai spiritual dalam organisasi sekolah adalah menjadikannya sebagai resam sekolah. Transformasi kepimpinan perlu dilakukan dalam sekolah dengan menekankan nilai-nilai sebagai proses yang konsisten dalam usaha menetapkan spiritual dalam kalangan warga sekolah.
Berikut adalah ciri-ciri kepimpinan semasa mentransformasikan kepimpinan yang perlu digunakan bagi menggalakkan spiritual dalam organisasi :
* JUJUR
* INTERGRASI
* TEPATI JANJI
* KESETIAAN
* ADIL
* HORMATI HAK ORANG RAMAI
* AKAUNTABILITI
* AMANAH
* BENAR
* BUJAKSANA
* BERSYUKUR
* DEDIKASI
* IKHLAS
* PENYAYANG

Thursday, May 5, 2011

GURU perlu ada MOTIVASI

Biarpun jawatan guru sebenarnya amat mencabar, ada dalam kalangan masyarakat kita yang melihatnya sebagai tugas yang tidak glamor berbanding kerjaya seperti doktor,peguam dan arkitek.Namun,ramai guru yang mengajar dan mendidik pasti tidak lahir penjawat pelbagai profesion yang dikatakan lebih glamor itu,gaji yang banyak, status yang lebih besar, dan berprestij tinggi.Itulah hakikat yang sering dilupakan oleh sebahagian besar daripada kita dan anggota masyarakat.
Cabaran sentiasa ada dan perlu dihadapi. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh, masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk kita menyelesaikan segala permasalahan, baik di sekolah mahupun di rumah.
Sebenarnya kita sendiri perlu mencari penyelesaiannya. Contohnya apabila kita berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, tiada upaya dan semangat untuk menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka pada saat ini adalah penting untuk diri kita mempunyai semangat dalaman yang kuat. Semangat dalaman yang tinggi mampu menaikkan semangat diri. Contohnya keputusan peperiksaan pelajar tidak seperti yang diharapkan sehingga kita dipersoalkan puncanya, walhal kita sudah sedaya upaya.
Dalam keadaan begini, kita perlu kembali kepada motivasi diri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh ikhlas. Ketika itulah, akan bangkit semangat untuk mencuba dan terus mencuba. Pada tahap ini, apabila kesedaran diri dapat dicapai, maka adalah amat membantu jika kita mendapat motivasi luaran iaitu dorongan, kata semangat dan tips yang berguna daripada rakan yang positif. melanjutkan pelajaran adalah salah satu cara motivasi luaran kerana apabila kita menambahkan ilmu pengetahuan , secara tidak langsung kita boleh mendapat motivasi.
" Life has the ups and down. " Oleh itu bagi menyuntik semangat pada diri setiap guru perlu mempunyai motivasi diri - diri dalam mahupun luar diri. Kedua-duanya mampu membangkit semangat kepada diri untuk meneruskan karier dengan jayanya bagi menabur khidmat dan bakti secara berterusan.