Wednesday, October 5, 2011

Pendekatan Mentoring Dalam Pencerapan Pengajaran


Pengajaran di bilik darjah adalah tugas hakiki guru. Guru yang cemerlang akan berusaha mempamerkan pengajaran yang berkesan. Dalam situasi sebenar guru yang cemerlang akan cuba mengaplikasi segala teori, pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelajari ketika di institusi latihan perguruan ke dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P) sebenar ketika di bilik darjah.
Pendekatan mentoring menjadi tumpuan proses penyeliaan di Amerika Syarikat dan Britain pada awal dekad 1990an.Mengikut pendekatan ini guru permulaan yang dihantar ke sekolah akan dibimbing oleh guru berpengalaman. Peranan guru yang menjadi mentor ialah :

1. sebagai pembimbing yang memberikan sokongan dan kaunseling, mewujudkan hubungan kerjaya berdasarkan persefahaman dengan menteenya.
2. Membekalkan maklumat berhubung perancangan, bahan dan masalah rutin dalam P&P serta cuba mempermudahkan perkembangan kemahiran mentee.
3. Memberi peluang kepada guru memerhati pengajaran menteenya dan mendedahkan idea, kaedah, dan bahan baru dalam P&P.
4. Bertindak sebagai jurulatih, yakni memerhati prestasi guru dalam bilik darjah dan memberi maklum balas, menjadi contoh teladan dan membantu mengenal pasti keperluan khas muridnya atau dirinya.
5. Membuat penilaian dan memberi makumat berhubung prestasi guru yang dicerap.

Kesimpulannya, dalam aspek latihan profesional, tingkah laku penyeliaan adalah unsur yang amat penting.

No comments:

Post a Comment